Saturday, September 12, 2015

Sejarah SKGC

          Sekolah ini mula didirikan dalam tahun 1937. Pembinaannya adalah atas daya usaha Ketua Kampung Guar Chempedak iaitu Encik Abdul Rahman bin Chek. Guru Besar yang pertama ialah Enck Wan Othman bin Wan Yahaya. Pada masa tu, beliau dibantu oleh 3 guru sahaja.

          Sekolah ini ditutup pada tahun 1941 kerana Perang Dunia Kedua. Dalam tahun 1949, orang-orang kampung telah bergotong-royong membangunkan semula sekolah ini secara berdikit-dikit sehinggalah ke tahun 1950. Bangunan sekolah ini siap berdindingkan papan, beratapkan nipah dan bertingkapkan bertam.

          Oleh sebab bilangan murid semakin bertambah, kerajaan bersetuju mendirikan sebuah lagi bangunan dengan syarat sebahagian daripada kos ditanggung oleh pihak Lembaga Sekolah. Bangunan ini telah didirikan pada tahun 1954. Pada masa itu, bilangan muridnya sebanyak 400 orang dan 7 orang guru. Guru Besarnya ialah En Ahmad Bin Awang.

          Pada tahun 1956, kerajaan telah mendirikan sebuah lagi bangunan untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Pada tahun 1968, sebuah lagi bangunan telah didirikan. Pada tahun 1974 pula, sebuah bangunan 2 tingkat, sebuah kantin, dan sebuah garaj basikal didirikan.

          Kini SKGC mempunyai sebuah bangunan 3 tingkat, sebuah bangunan 2 tingkat, 3 bangunan setingkat, sebuah garaj bsikal, sebuah garaj kereta, sebuah kantin, dan sebuah makmal komputer. Pada tahun 2007 Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak telah diberi 2 keistmewaan iaitu telah dipilih menjadi Pusat Akses dan terlibat dengan perluasan Prasekolah iaitu 2 bilik darjah telah dibina.

          Bilangan muridnya adalah seramai 954 orang dan 50 orang guru terlatih.

Tuesday, August 18, 2015

Alamat

ALAMAT : 
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK
08800 GUAR CHEMPEDAK
KEDAH DARUL AMAN

NO. TELEFON :
04-4686168

N. FAX :
04-4686168

EMAIL :
skguar.ppdkmy@gmail.com

Monday, August 17, 2015

Visi & Misi

VISI

Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SLOGAN
Kecemerlangan Dunia Dan Akhirat Iltizam Kami

Piagam Pelanggan

Kami Staff Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak Berikrar Akan :-

1. Membimbing Para Pelajar Untuk Menjadi Insan Yang BEerilmu Dan Berakhlak Mulia Sepanjang Masa.

2. Mengamalkan Sikap Kekitaan, Penyayang Dan Bekerjasama Sepanjang Masa.

3. Melayan Dan Bekerjasama Sepanjang Masa.

4. Berusaha Ke Arah Mengujudkan SKGC Yang Cemerlang